Utama > Urut > Soalan-Soalan Umum

01

Harga Mengurut

Berapakah harga mengurut?

Mamita caj mengikut jam.

1.0 Jam = RM199.00
1.5 Jam = RM249.00

Harga telah termasuk caj pengangkutan.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan harga urutan, sila klik pada pautan ini
https://www.mamitacare.com/khidmat-urut-kuala-lumpur/

Mamita ada caj-caj yang lain?

Seboleh yang mungkin, Mamita tak suka keluar di waktu malam. Walau bagaimamana pun, jika situasi menjadi huru-hara dan memerlukan Mamita keluar di waktu malam, Mamita akan ada caj tambahan.

Untuk sesi mengurut di waktu malam, 50% caj tambahan dari harga mengurut akan dikenakan (Contoh 50% x RM199 = RM99.50) 

02

Caj Pengangkutan

Macammana Mamita kenakan caj untuk pengangkutan?

Mamita tidak lagi mengenakan caj untuk pengangkutan kerana harga terbaru Mamita telah pun dimasukkan dengan caj pengangkutan. Jadi, tiada lagi caj tersembunyi dan caj terkejut.

Mamita mengenakan caj parking tak?

Tiada lagi caj parking

03

Maklumat
urutan Mamita

Kebaikan teknik urutan Mamita

Teknik urutan Mamita focus kepada membetulkan peredaran darah di dalam badan dengan membetulkan saluran darah tersumbat yang menyebabkan kesakitan.

Urutan Mamita fokus kepada kesakitan otot dan menolong mengurangkan kesakitan yang dialami.

Mamita banyak menggunakan titik tekanan dan ianya akan menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu-ibu.

Boleh ke urutan Mamita membuatkan saya mengandung?

Teknik urutan tu ada pada nenek Mamita. Dia memang dah lama menolong ramai ibu-ibu di Alor Star, tapi setakat ini Mamita tidak boleh menjamin apa-apa untuk mengandung jika berurut dengan Mamita. Tapi, kalau sis nak cuba jugak, sis boleh hubungi Mamita masa 'heavy period'. Masa tu baru boleh mengurut untuk mengandung.

Boleh tak Mamita urut suami, abang atau lelaki secara spesifik?

Mamita cuma mengurut perempuan sahaja. Banyak isu-isu peribadi yang menyebabkan Mamita tak boleh mengurut lelaki, jika kita nak berbincang di sini, ia akan membuang masa. Untuk mudah, YA untuk perempuan dan TIDAK untuk lelaki, sekian.

Boeh tak saya diurut masa haid?

Mamita tak ada masalah dengan haid. Itu terpulang kepada sis untuk meneruskan sesi mengurut atau tak. Untuk wanita-wanita yang inginkan anak, masa haid yang banyak adalah masa yang paling sesuai untuk diurut.

Apakah mengurut membetulkan rahim?

Urutan membetulkan rahim adalah urutan untuk meletakkan rahim di tempat yang asal. Rahim tidak berada di tempat yang asal adalah kerana:

  • Selepas melahirkan anak
  • Kemalangan
  • Mengangkat benda berat
  • Senaman yang berat yang tertumpu kepada kawasan perut

04

Masa untuk
mengurut

Bila boleh 'book'?

Bagi Mamita, tak ada peraturan untuk 'book' Mamita. Sis boleh:

  • WhatApps @ 010-812 6050

Mamita akan membalas secepat yang mungkin apabila Mamita 'online' dan lapang untuk membalas mesej. Sis kena faham yang apabila Mamita tak membalas mesej Sis, itu bermakna yang Mamita tengah ada sesi mengurut dan Mamita tak mahu 'mencuri' masa dari sesi berbayar yang tengah berjalan untuk menjawab telefon dan membalas mesej.

Untuk sesi mengurut, Mamita memerlukan 50% deposit untuk mengesahkan sesi mengurut dan untuk Mamita masukkan dalam jadual Mamita. Deposit 50% ini tidak akan dipulangkan apabila berlaku pembatalan di minit terakhir.

 

05

Bersalin melalui pembedahan

Bilakah masa yang sesuai untuk saya diurut?

Sis kena tunggu sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum boleh diurut untuk tujuan keselamatan. Walaubagaimanapun, kawasan perut tidak boleh disentuh walaupun selepas 2 minggu. Bila Sis nampak kulit di luar tu dah elok, tak bermakna kawasan dalaman perut tu dah baik. Bila tekanan dikenakan ke kawasan sensitif, ianya akan mengundang bahaya pulak.

Berapa kali saya perlu berurut selepas melahirkan anak?

Kebiasaannya, untuk berpantang, Mamita akan cadangkan 3 kali

  • Sekali selepas melahirkan anak
  • Kali ke dua masa dalam berpantang dan
  • Kali ke 3 untuk hari-hari terakhir masa berpantang
Apakah Tungku dan apakah tujuan bertungku?

Besi panas atau tungku ini selalunya digunakan untuk membuang angin yang terperangkap di dalam perut. Tungku diperbuat daripada besi dan ianya dipanaskan sebelum ianya diletakkan di bahagian perut. Ianya menolong untuk melancarkan darah tersumbat di bahagian rahim.

06

Bersalin secara normal

Bilakah masa yang sesuai untuk saya diurut?

Untuk bersalin secara normal, badan boleh diurut dalam masa seminggu lepas bersalin. Walaubagaimana pun, jika Sis memerlukan urut sangat-sangat dan tidak mengalami apa-apa masalah, Sis boleh hubungi Mamita selepas 3 hari.

Berapa kali saya perlu berurut selepas melahirkan anak?

Kebiasaannya, untuk berpantang, Mamita akan cadangkan 3 kali

  • Sekali selepas melahirkan anak
  • Kali ke dua masa dalam berpantang dan
  • Kali ke 3 untuk hari-hari terakhir masa berpantang

07

Sebelum sesi mengurut

Apakah yang saya perlu sediakan sebelum sesi mengurut?

Mamita lebih suka mengurut di atas lantai kerana tekanan yang Mamita perlu buat untuk mengurut. Jika mengurut di atas lantai, tikar yoga atau tilam yang selesa akan memudahkan proses mengurut.

Walaubagaimana pun, jika Sis lebih suka mengurut di atas katil, alas tilam atau "sarong" untuk melindungi tilam dari terkena minyak urut yang Mamita akan gunakan dalam masa mengurut.

Selain daripada itu, benda-benda kebiasaan seperti bantal dan sarong atau tuala diperlukan dalam masa sesi mengurut dijalankan.

Boleh ke saya makan sebelum diurut?

Ya, Sis boleh makan sebelum sesi mengurut. Sis boleh makan makanan yang tak berat. Ini untuk memastikan Sis berasa selesa masa diurut.

Boleh ke saya mandi sebelum diurut?

Ya. Kalau boleh, Sis boleh mandi sebelum diurut. Memang digalakkan mandi sebelum diurut.

Kalau Sis mandi selepas diurut, Sis kena tunggu sekurang-kurangnya 2 jam selepas diurut.

Mamita mengurut di atas katil saya atau Mamita bawa tilam mudah alih?

Kebiasaannya, Mamita akan mengurut di atas lantai dengan tilam Sis. Bila Sis tak suka cara tu, baru Mamita akan bawa tilam Yoga Mamita punya.

08

Selepas sesi mengurut

Boleh ke saya mandi selepas diurut?

Selepas sesi mengurut, Sis boleh mandi selepas 2 jam. Ini untuk memastikan yang minyak urut itu terserap kesemuanya ke dalam kulit Sis.

Dikemaskini pada 1 November 2019

Mamita Care tidak ada hubungan dengan organisasi atau individu. Dahulunya dikenali dengan nama Mamita Massage dari Mei 2016 sehingga Ogos 2018.
Hubungi Mamita di nombor +6010-812 6050 untuk keterangan lanjut.

010305

ms_MYMalay