Utama > Penjagaan Berpantang

PENJAGAAN BERPANTANG KUALA LUMPUR

Berkemungkinan Penjagaan Berpantang Yang Terbaik Di Kuala Lumpur

SEJARAH

PENJAGAAN BERPANTANG MAMITA BERMULA DENGAN WARISAN
Tukang Urut Secara Semulajadi

Hai puan-puan dan ibu-ibu sekelian. Nama saya Zarina dan anak-anak saya memanggil saya Mamita. Mamita ni seorang tukang urut tradisional semulajadi kerana keturunan Mamita sebelum ini adalah bidan dan tukang urut tradisional. Semasa kecil, Mamita tinggal dengan tok Mamita dan tok Mamita adalah seorang bidan and pada masa yang sama seorang tukang urut tradisional. Tok kepada Tok Mamita, iaitu moyang Mamita adalah seorang tukang urut tradisional dan secara automatiknya Mamita juga adalah seorang tukang urut tradisional. Mamita belajar teknik mengurut ini daripada tok Mamita semenjak Mamita berumur 7 tahun dan Mamita tinggal bersama tok Mamita sehingga Mamita menjadi seorang remaja sebelum Mamita balik menetap bersama ayah dan ibu di bandar. Secara tidak sedar, Mamita belajar mengurut dari umur Mamita 7 tahun sehingga ke 18 tahun dan secara keseluruhannya, ia adalah 10 tahun pelajaran dan pengalaman. Di kalangan orang kampung, tok Mamita dikenali sebagai “Kak Melah”.

Titik perubahan

Tahun sebelum ini, Mamita hanya mengurut kawan-kawan dan saudara-mara. Cuma dalam pertengahan tahun 2016, Mamita menjadikan kemahiran semulajadi Mamita sebagai sebuah perniagaan dengan memperkenalkan nama “Mamita Massage, jenama yang menyediakan perkhidmatan urut dari rumah ke rumah untuk ibu-ibu mengandung dan ibu-ibu yang baru bersalin di kawasan lembah Klang. Setelah sekian lama Mamita berkecimpung di dalam perniagaan penjagaan berpantang, Mamita ternampak permasalahan kaum-kaum ibu melalui perbualan dengan mereka. Isu-isu seperti kedutan di perut, otot yang lemah, kurang elastik, masalah keputihan, kedatangan bulan yang tidak menentu selalu menjadi topik yang selalu diperbincangkan. Mamita bernasib baik kerana tok Mamita yang berumur 92 tahun masih lagi hidup dan Mamita berjaya bertanyakan rahsia ubat-ubatan herba dan rahsia-rahsia lain tentang wanita semasa tok Mamita masih aktif di dalam kerjayanya sebagai bidan. Hasilnya, produk-produk yang Mamita tawarkan di dalam laman sesawang Mamita adalah hasil daripada keberkesanan bahan-bahan herba tradisional daripada tok Mamita yang telah turun-temurun diamalkan oleh orang Melayu dahulu kala,

Misi terBESAR Mamita

“MENINGKATKAN KUALITI HIDUP WANITA DAN KESAYANGAN MEREKA DENGAN MENGAMALKAN KHASIAT ALAM SEMULAJADI DAN UBAT-UBATAN HERBA TRADISIONAL”

Mamita sangat percaya yang kemahiran mengurut tradisional dan penjagaan berpantang adalah kemahiran warisan turun-temurun yang tidak dapat dipelajari dengan mengambil sijil, yang perlu diwarisi dan telah wujud di dalam darah Mamita. Kemahiran ini dapat dipelajari, tetapi ianya tidak sama apabila ianya diwarisi. Ianya seperti Picasso dan Leonardo Da Vinci di dalam dunia lukisan. Ianya ada didalam diri kita atau tidak ada. Itulah kemahiran tahap “Mastery”, menurut kepercayaan Mamita.

Mamita juga percaya yang ubat-ubatan semulajadi adalah ubat-ubatan yang terbaik untuk badan kita kerana ianya semulajadi, bebas dari manipulasi manusia. Tiada bahan pengawet, tiada pewarna tiruan, tiada perasa tiruan dan tidak wujud harga yang tidak munasabah, tidak seperti ubat-ubatan moden versi barat sekarang ini. Mamita ingin membawa kembali amalan tradisional di masa lampau kembali ke zaman moden kepada masyarakat pada masa ini. Ianya sihat, selamat dan tiada kesan sampingan, tidak seperti ubat-ubatan farmaseutikal moden pada masa kini.

Lagenda penjagaan berpantang “Kak Melah” bersambung di Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia.

KEMAHIRAN YANG ADA PADA MAMITA

URUTAN TRADISIONAL MELAYU

01

Urutan Sebelum Bersalin

Urutan khas bagi melegakan kesakitan untuk ibu-ibu yang mengandung

Mendapatkan urutan sebelum bersalin dapat menyediakan ibu-ibu semua untuk mendapatkan minda yang lebih tenang untuk menghadapi perubahan terbesar yang akan berlaku nanti. Badan terasa sedap dan selesa apabila diurut.

02

Urutan Selepas Bersalin

Urutan khas bagi melegakan kesakitan untuk ibu-ibu yang baru bersalin

Mendapatkan urutan selepas bersalin akan memberikan ibu-ibu ruang untuk menyendiri. Ruang yang singkat itu akan memberikan ibu-ibu kekuatan untuk menyediakan yang terbaik untuk bayi yang tersayang.

TESTIMONI

– URUTAN TRADISIONAL –

APAKAH KATA MEREKA TENTANG URUTAN TRADISIONAL MAMITA

“Saya PERCAYA kamu semua pernah mendengar nama Zarina Mustafa, seorang wanita yang mempunyai jari ajaib. Hmm, saya menelefon dia petang semalam, selepas menderita beberapa hari tanpa tidur (saya menghidapi penyakit yang kronik, beberapa cakera yang tergelincir dan isu-isu berkaitan dengan tulang belakang) dan dia bersetuju, walaupun permintaan saya untuk dia datang mengurut agak lewat.

Biar saya beritahu anda semua, ianya membuatkan hati saya sejuk melihat betapa IKHLASNYA seseorang yang tidak sahaja memberikan servis bahkan memberikan perkhidmatan yang terbaik darinya. Dan dia meluangkan masa membuatkan kita merasa selesa. Ini yang saya katakan kawalan kualiti yang hebat!

Zarina Mustafa, terima kasih kerana mengurut saya semalam, saya tidur seperti bayi.

Saya telah diurut banyak kali dan saya cuma meluangkan masa mencuba yang terbaik. Ini, buat masa kini, adalah yang terbaik (selain daripada mak cik pembantu Indonesia yang telah pulang ke Indonesia sedekad yang lalu)”

Shobha Bala

“Maklumbalas Pelanggan Yang Puas – Perkhidmatan Urut Tradisional Melayu oleh Zarina Mustafa”

Saya melahirkan anak ke 4 pada 4 Nov 2016 dan kembali ke rumah pada 5 Nov 2016.

Saya mengalami sakit yang amat sangat dan keletihan yang melampau daripada pinggang hingga ke belakang dan seterusnya ke tengkuk apabila saya cuba duduk di atas kerusi kulit yang selesa yang disediakan oleh suami saya di dalam bilik saya supaya saya boleh memberikan susu kepada anak saya.

Saya telah cuba menjauhkan diri daripada kerusi tersebut semenjak …. lihat lagi

Chin Jenny

Saya memang akan memberikan kredit apabila cukup pada masanya. Saya diurut oleh Zarina semalam. Dia adalah seorang yang tepat pada masanya dan profesional. Dan urutan yang diberikan oleh Zarina adalah amat baik. Salah satu daripada urutan terbaik yang pernah saya cuba. Saya 34 minggu mengandung dan secara keseluruhannya saya menikmati urutan Zarina dan saya rasa sihat keesokkan harinya. Terima kasih Zarina. Saya akan memanggil kamu lagi untuk sesi seterusnya dalam masa yang terdekat!!

Yasmin Kamarul

PENGETAHUAN YANG SAYA ADA

RAHSIA-RAHSIA ALAM SEMULAJADI KHAS UNTUK WANITA

TESTIMONI

- Nature's Secret -

APA KATA MEREKA TENTANG NATURE’S SECRET INI?

(Dahulunya dikenali dengan nama V-Tight Secret)

Saya rasa lebih bertenaga. Saya rasa perasaan saya lebih teruja. Bagi saya itu amat penting. Kerana apabila perasaan saya tak bagus, saya tak dapat buat apa-apa pun.

Sebahagian daripada faedah selepas mengamalkan V-Tight Secret ialah saya rasa gembira … mood bagus … dan masalah keputihan semacam dah kurang juga … apa yang saya dapat … ialah kedatangan bulan yang menyenangkan … dan tekstur yang berlainan sama sekali. Saya tak tahu kenapa … seolah-olah seperti silap mata … dan saya pun agak terkejut dengan perubahan ini.

Tapi yang paling penting … ialah hubungan intim … kamu tahu saya amat sukakannya … suami saya pernah memberitahu … yang ini membuatkan kami menjadi lebih rapat.

Gina Ee

“Hai Zarina saya sememangnya buang angin dalam masa 1 jam selepas mengambilnya. Saya cuma mengambil waktu malam selepas makan malam. Selepas beberapa hari mengambilnya, saya susah untuk membuang air besar. Saya minum banyak air. Lepas itu baru keadaan menjadi seperti biasa.

Saya tak rasa apa-apa perubahan di dalam badan saya akan tetapi suami saya memberitahu yang dia teramat suka apabila kami melakukannya. Saya ingat ianya menjadi ketat sekarang kerana suami selalu menyuruh saya mengepit apabila kami bersama, tetapi tidak lagi sekarang. kepit. Tetapi tidak lagi sekarang.

Saya nak memesan botol yang seterusnya. Akaun yang sama kan?”

Nama dirahsiakan

“Saya selalu rasa letih, kadang-kadang terlampau letih tetapi sekarang, selepas 2 hari mengambil ubat, saya terasa kurang letih. Terasa wujudnya tenaga dan tidur menjadi lebih selesa. Tidak lagi terjaga di waktu malam. Ini ialah perubahan yang ketara yang saya nampak. Itu yang saya hendak beritahu kamu.”

Nama dirahsiakan

GALERI

TEMPAT-TEMPAT YANG PERNAH DILAWATI

BLOG

TIPS-TIPS DAN PERKONGSIAN RAHSIA UNTUK WANITA

5 Benefits Of Manjakani For Women Health

5 Benefits Of Manjakani For Women Health

Manjakani is known to have many benefits to the health of women’s intimate organs as well as to address various illnesses of women. One of the functions is to treat fungus and act as a natural ingredient to make the female intimate organs become more elastic.

baca lagi
5 Steps To Prevent Stretchmarks During Pregnancy

5 Steps To Prevent Stretchmarks During Pregnancy

PREGNANT is NOT FUN when confronted with changes that occur in the stomach, many feel like screaming. The stomach that used to be smooth without scars, suddenly there are lines everywhere. That’s the effect of stretch marks. This normal problem always occur among pregnant mothers. In pregnancy term, it is known as stretchmark.

baca lagi

Dikemaskini pada 16 Ogos 2019

Mamita Care tidak ada hubungan dengan organisasi atau individu. Dahulunya dikenali dengan nama Mamita Massage dari Mei 2016 sehingga Ogos 2018.
Hubungi Mamita di nombor +6010-812 6050 untuk keterangan lanjut.

010305

ms_MYMalay